



Duh, masa datang dan pergi. Alieya bertambah umur setahun lagi! Acara majlis belum sempat saya rancangkan. Berkemungkinan besar, majlis ulangtahun dirangkum sekali dengan ulangtahun Irfan. Masing-masing lahir dalam bulan Julai. Dan sethaun yang sudah ingatan itu masih utuh. Seminggu setelah mengadakan jamuan harijadi Alieya bersama rakan-rakan sekelasnya, Irfan menjenguk dunia. Justeru, belum juga sempat memikirkan hadiah istimewa untuk anak sulung saya itu, hanya sekadar kad ucapan. Malah atas permintaannya jua agar hadiah itu dibawa ke majlis sambutan bersama rakan-rakannya kelak. Hmm .. apa agaknya nak bagi kat Alieya ni ye???


8 comments:
terima kasih mama ("')
Sama2 Cha muah3x
Kak Irdiie Alieya, Zahra Kamila ucapkan selamat hari lahir; moga berbahagia sentiasa bersama mama,papa dan adik Irfan.
Adik Zahara Kamila, peluk cium dari kakak Alieya dan adik Irfan! Auntie Su pun rindukan Kamila!
Za! awat tak habaq... kalu buat kenduri tu jemput la kami okeh... aku buatkan teddy bear choc beso utk Alieya ... ni betul tau hehehe
Yati,
belum buat kendurinya lagi .. insyaAllah aku nak buat minggu depan .. nanti confirm memang aku jemputlah kau .. dah ada dlm list aku nih :)
hmmm kecur liur dengar pasal choc ... ok set!
Selamat Hari Lahir untuk Alieya dari Aunty Rampai. Mudah-mudahan dewasa nanti menjadi Muslimah misali untuk sekalian perempuan di dunia ini. Amiin.
Salam Datin Iza,
Alieya seayu ibunya!
Dalam gelas tu cendol ke?
Datuk Seri sahabat saya,
terima kasih atas doamu .. amin ..
aah .. memang cendol .. sedap! sesekali menggantikan teh memang umpphh! :)
pingin nak mengeteh dengan datuk.
Post a Comment